Saturday 21 January 2012

Kronologi Big Bang

Lebih kurang 13.75 billion tahun yang lalu, Allah telah menciptakan satu jasad yang sangat panas, sangat padat dan bersaiz nukleus atom. Jasad ini juga memiliki tenaga yang sangat besar iaitu menyamai semua tenaga yang ada di alam semesta sekarang. Ketika itu tiada masa dan tiada ruang pada alam semesta kita.

Kemudian berlaku letupan pada jasad itu dalam masa 1x10^-43 saat. Letupan ini menyebabkan partikel-partikel asas seperti quarks mula bergabung, photons terhasil, positron dan neutrinos juga terhasil bersama-sama dengan anti partikel masing-masing. Dan alam semesta mula berkembang.






Pada waktu ini kadar perkembangan alam semesta melebihi kelajuan cahaya. Alam semesta pada waktu ini terdiri dari plasma yang terionisasi, dimana jirim dan radiasi masih belum boleh dibezakan. 

Setelah 0.01 saat dari letupan tadi, neutron mula luruh(decay) dalam skala yang besar. Ini membolehkan elektron dan proton yang bebas bergabung membentuk atom-atom. 

Gas mula terbentuk setelah 1 saat dari letupan tadi. Suhu alam semesta turun dari trillion ke 10 billion 'K. Photons kehilangan tenaga untuk terus menghalang pembentukan jirim. Maka jirim( matter) mula terbentuk. 

300, 000 tahun setelah itu alam semesta terus berkembang dan suhunya menurun ke 10,000'K. Pada waktu ini cahaya, jirim dan radiasi telah terpisah.

Lama-kelamaan graviti dari kawasan jirim yang lebih tumpat menarik jirim lain yang berhampiran membentuk nebula atau awan gas. Dari nebula inilah terbentuknya planet, bintang, galaksi dan lain-lain jasad dalam alam semesta kita.

Dalam al-quran, proses big bang ini telah diterangkan pada sekitar tahun 610M, dan teori ini telah dibuktikan benar setelah tahun 1900M.

Berikut merupakan tafsir beberapa ayat al-quran berkaitan proses big bang ini:


"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (Al Qur'an, 21:30) 

Ayat diatas menyatakan tentang alam semesta berasal dari satu jasad menyamai teori big bang.



"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al Qur'an, 51:47) 

Ayat ini menyatakan alam semesta terus berkembang juga menyamai teori sains.




Sebagai penutup kita lihat ayat ini: 

1.Al A'raf (7):54

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثاً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ   
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.